Polisi Kerahsiaan & Keselamatan

Dengan menggunakan laman web ini ("Laman Web Shaklee"), maka anda, pengguna atau pengedar mengikut mana yang berkenaan, ("anda") bersetuju untuk terikat dengan versi semasa syarat-syarat penggunaan yang dinyatakan di sini.

Gambaran Keseluruhan

Shaklee Corporation (“Shaklee,” “kami,” atau “kita”) menyedari pentingnya peranan kami dalam melindungi kerahsiaan maklumat yang kami ambil daripada anda. Shaklee Corporation komited untuk menghormati kerahsiaan anda serta melindungi maklumat peribadi anda.

Tujuan

Polisi ini menerangkan bagaimana Shaklee Corporation mengumpulkan, menggunakan, menyimpan, berkongsi dan melindungi maklumat, termasuk maklumat peribadi. Shaklee Corporation komited untuk mengumpulkan, menggunakan, menyimpan, berkongsi dan melindungi maklumat peribadi dengan penuh bertanggungjawab. Apabila menggunakan laman web Shaklee Corporation, anda bersetuju dengan pengumpulan maklumat peribadi. Maklumat yang diberikan hanya akan digunakan, disimpan dan dikongsi bagi tujuan yang anda telah benarkan. Polisi ini merangkumi aktiviti dalam talian dan juga luar talian, termasuk maklumat yang kami kumpulkan melalui pelbagai laman web kami, aktiviti Pengedar, pesanan melalui telefon dan katalog (antara beberapa kaedah lain).

Pengumpulan dan Penggunaan Maklumat oleh Shaklee Corporation

Bergantung pada cara anda berinteraksi dengan Shaklee Corporation, kami mungkin mengumpulkan pelbagai jenis maklumat daripada anda, seperti yang diterangkan dengan lebih terperinci di bawah. Dalam sesetengah situasi (dan melainkan kami berkata sebaliknya), kami boleh menggabungkan satu jenis maklumat dengan yang lain dan menyimpannya bersama-sama di dalam rekod kami. Walau bagaimanapun, dalam semua kes, kami berusaha untuk mengehadkan jumlah maklumat yang kami kumpul dan simpan hanya setakat yang diperlukan bagi membolehkan kami memberikan perkhidmatan tertentu kepada anda. Shaklee Corporation menggunakan maklumat sedemikian bagi semua tujuan yang sah dari segi undang-undang serta urusan bekalan produk dan perkhidmatan kepada anda.

Maklumat Hubungan Peribadi

Shaklee Corporation mengumpulkan maklumat yang boleh mengenal pasti diri seperti nama anda, alamat surat-menyurat, e-mel dan nombor telefon (rumah, telefon bimbit, dsb.) yang dimasukkan ke dalam laman web Shaklee Corporation atau diberikan terus kepada Shaklee Corporation. Dalam sesetengah kes, ia mungkin merangkumi maklumat yang anda berikan kepada kami mengenai orang lain (sebagai contoh, jika anda meminta kami mengirim produk Shaklee kepada seorang rakan). Lazimnya, kami mengumpulkan maklumat hubungan peribadi untuk aktiviti pendaftaran, pesanan produk, khidmat pelanggan, peraduan dan promosi serta maklum balas pelanggan.

Maklumat pembayaran

Ini merangkumi sebarang maklumat yang anda gunakan untuk membuat sesuatu pembelian, seperti butiran kad kredit anda (nama pemegang kad, nombor kad, tarikh tamat tempoh, dsb.), cek atau bentuk pembayaran yang lain (jika ianya tersedia). Ia juga termasuk nama dan alamat pengebilan yang dikaitkan dengan bentuk pembayaran anda. Kami hanya mengumpulkan maklumat pembayaran bagi pembelian (sama ada pembelian dibuat secara dalam talian, melalui telefon atau katalog). Jika anda membuka akaun dengan kami, maklumat pembayaran anda (berserta sejarah pesanan anda dan keutamaan lain yang berkaitan) boleh disimpan di dalam akaun anda. Untuk menyemak semula atau meminda maklumat ini, rujuk bahagian "Akaun Saya" yang berkenaan pada laman kami atau hubungi Khidmat Pelanggan.

Maklumat demografi

Ini merangkumi sebarang maklumat yang menggambarkan demografi anda, seperti tarikh lahir anda, umur atau julat umur, jantina, lokasi geografi umum (cth. poskod atau bandar dan negeri), produk kegemaran, hobi dan minat, butiran pendapatan atau maklumat gaya hidup. Lazimnya, kami mengumpulkan maklumat demografi untuk aktiviti pendaftaran, peraduan dan promosi, serta tinjauan pelanggan. Bagi maklumat demografi berkaitan profil anda dalam rangkaian sosial pihak ketiga (cth. Facebook), lihat perenggan berasingan dalam bahagian "maklumat rangkaian sosial” di bawah. Maklumat demografi juga boleh digunakan untuk memperibadikan pengalaman anda semasa mengunjungi laman web kami. Maklumat agregat yang tidak dapat mengenal pasti anda mungkin akan digunakan dan didedahkan bagi tujuan analisis perniagaan secara amnya.

Maklumat teknikal komputer

Ini merangkumi sebarang maklumat mengenai sistem komputer atau peranti teknologi lain yang anda mungkin gunakan untuk mengakses salah satu laman web atau aplikasi kami. Lazimnya, kami mengumpulkan maklumat sebegini melalui penggunaan teknologi automatik seperti kuki dan penanda web. Contoh-contoh maklumat teknikal komputer termasuk alamat IP komputer anda, jenis sistem operasi dan jenis pelayar web. Jika anda mengakses laman web atau aplikasi Shaklee melalui peranti mudah alih seperti telefon pintar, maklumat yang terkumpul itu mungkin juga merangkumi ID peranti unik telefon anda, lokasi dan data peranti mudah alih yang lain. Maklumat teknikal komputer lazimnya tidak dikaitkan dengan maklumat hubungan peribadi anda.

Maklumat penggunaan laman web

Ini merangkumi maklumat mengenai cara anda menggunakan dan menavigasi laman web dan aplikasi kami, termasuk pautan yang anda klik, halaman atau kandungan yang anda anda lihat, dan maklumat seumpamanya yang lain atau statistik mengenai interaksi anda dengan laman atau aplikasi Shaklee (cth. tarikh dan masa lawatan, laman asal anda, dsb.). Maklumat ini dikumpulkan menggunakan teknologi automatik seperti kuki dan penanda web, serta boleh dikumpulkan tanpa mengira peranti yang anda mungkin gunakan (komputer, telefon pintar, tablet, dsb.). Maklumat penggunaan laman web mungkin dikaitkan dengan maklumat hubungan peribadi anda.

Maklum balas pelanggan

Ini merangkumi maklumat yang anda kongsi secara sukarela dengan kami mengenai pengalaman anda semasa menggunakan produk dan perkhidmatan kami, termasuk laman web kami. Contoh-contohnya mungkin termasuk komen dan cadangan tanpa diminta, testimoni atau maklum balas lain mengenai apa yang anda sukai (atau tidak sukai) semasa menggunakan produk atau perkhidmatan kami. Lazimnya, kami mengumpulkan maklumat ini melalui tinjauan pelanggan, borang maklum balas dan komunikasi e-mel.

Kandungan yang dijanakan oleh pelanggan

Ini merujuk kepada sebarang kandungan yang anda cipta dan seterusnya kongsi dengan kami (dan mungkin orang lain) dengan memuatnya naik ke salah satu laman web kami termasuk laman Facebook kami, laman media sosial atau aplikasi yang lain. Contoh-contohnya mungkin termasuk gambar, video, kisah peribadi atau media atau kandungan seumpamanya. Lazimnya, kami mengumpulkan kandungan yang dijanakan oleh pelanggan untuk peraduan dan promosi, ciri-ciri komuniti laman web, perjanjian dan rangkaian sosial pihak ketiga.

Maklumat rangkaian sosial

Ini merujuk kepada sebarang maklumat yang merupakan sebahagian daripada profil anda di rangkaian sosial pihak ketiga (seperti Facebook) yang anda benarkan untuk dikongsi dengan kami. Contoh-contohnya mungkin termasuk maklumat akaun asas (seperti nama, alamat e-mel, gambar profil, jantina, ID pengguna, senarai rakan, dsb.) serta sebarang maklumat tambahan atau aktiviti lain yang anda benarkan untuk dikongsi dengan pembangun aplikasinya. Sebagai contoh, kami mungkin menerima maklumat rangkaian sosial anda (atau sebahagiannya) apabila anda memuat turun atau berinteraksi dengan aplikasi Shaklee dalam laman rangkaian sosial (seperti Facebook) atau menggunakan ciri rangkaian sosial pihak ketiga yang digabungkan di dalam laman Shaklee (seperti Facebook Connect). Untuk mengetahui bagaimana maklumat rangkaian sosial anda dapat dikumpulkan oleh Shaklee (atau pembangun aplikasi yang lain), sila kunjungi laman web rangkaian sosial pihak ketiga yang berkenaan.

Maklumat lain (bergantung pada konteks)

Ini merujuk kepada sebarang maklumat lain yang kami mungkin perlu kumpul untuk jenis, ciri atau perkhidmatan Shaklee yang lain yang anda sedang gunakan atau minta. Kandungan maklumat ini berubah-ubah bergantung pada kaedah pengumpulan dan tujuan tertentu bagi pengumpulan sesuatu maklumat. Sila lihat bahagian “Bagaimana kami menggunakan maklumat anda” untuk contoh-contoh yang lebih jelas.

Close -

Kami mungkin mengumpulkan maklumat daripada anda melalui pelbagai sumber dalam talian atau di luar talian, sepertimana dihuraikan dengan lebih terperinci di bawah. Dalam beberapa kes, kami mungkin akan menggabungkan maklumat yang diperoleh dari satu sumber (cth. laman web Shaklee) dengan maklumat yang dikumpulkan dari sumber lain (cth. aktiviti atau parti Shaklee). Kami melakukannya untuk mendapatkan gambaran yang lebih menyeluruh mengenai ahli-ahli dan pengedar kami, yang akan membolehkan kami menawarkan perkhidmatan peribadi yang lebih baik kepada anda. Sila maklum bahawa Polisi Kerahsiaan ini hanya diguna pakai untuk kaedah pengumpulan yang disenaraikan di bawah (dan bukan sebarang kaedah lain). Selain itu, sila maklum juga bahawa bukan semua kaedah di bawah ada kaitan dengan anda.

Laman web dan aplikasi Shaklee

Kami mungkin mengumpulkan maklumat daripada anda melalui salah satu laman web (A.S. atau antarabangsa) atau aplikasi kami. Ini mungkin termasuk (a) apa-apa laman yang kami miliki dan kawal di bawah domain kami sendiri, atau (b) apa-apa laman atau aplikasi yang kami mungkin bangunkan dan kendalikan dalam rangkaian sosial pihak ketiga seperti Facebook. Ini juga mungkin termasuk mana-mana laman atau aplikasi yang kami cipta untuk kegunaan khusus dalam telefon bimbit atau peranti mudah alih yang lain, seperti kemudahan laman boleh alih (dikenali sebagai laman WAP) atau aplikasi mudah alih.

Program pesanan ringkas

Kami mungkin mengumpulkan maklumat daripada anda melalui salah satu program pesanan ringkas kami. Sebagai contoh, secara berkala, kami mungkin akan membenarkan pelanggan menghantar pesanan ringkas kepada kami menggunakan kod pendek yang kami cipta dan iklankan mengenai sesuatu tawaran atau promosi khas. Program ini mungkin diiklankan dalam salah satu aktiviti Pengedar kami atau dalam salah satu laman web atau aplikasi kami. Jika anda memilih untuk menyertai salah satu program ini, maklumat mengenai lokasi fizikal anda mungkin akan dikumpulkan dan digunakan bagi tujuan pemasaran.

Komunikasi melalui e-mel

Kami mungkin mengumpulkan maklumat daripada anda jika anda berkomunikasi dengan kami melalui e-mel. Sebagai contoh, jika anda menghantar e-mel kepada bahagian khidmat pelanggan atau menggunakan salah satu ciri “E-mel Shaklee”, kami mungkin akan memperoleh maklumat tertentu mengenai anda (seperti alamat e-mel anda).

Sumber lain

Kadang kala, kami mungkin memperolehi maklumat daripada anda melalui sumber lain. Sebagai contoh, kami mungkin akan mengupah pengumpul data pihak ketiga untuk memberikan kami maklumat tambahan mengenai pelanggan sedia ada kami (ini dikenali sebagai “penambahan data”). Kami juga mungkin menerima maklumat daripada penaja pihak ketiga yang beroperasi bersama kami untuk satu kali sahaja bagi menjalankan promosi atau aktiviti pemberian hadiah percuma.

Close -

Berikut menggambarkan pelbagai tujuan dan ciri pengumpulan dan penggunaan maklumat anda, dan pelbagai jenis maklumat berbeza yang mungkin akan dikumpulkan bagi setiap tujuan. Walau bagaimanapun, sila maklum bahawa bukan semua kegunaan yang disenaraikan di bawah ada kaitan dengan anda.

Memproses pesanan

Kami mungkin mengumpulkan dan menggunakan maklumat anda untuk memproses dan menghantar pesanan anda, serta memaklumkan anda mengenai status pesanan anda. Bergantung pada cara anda membuat pembelian, ini mungkin melibatkan pengumpulan dan penggunaan maklumat hubungan peribadi tertentu, maklumat pembayaran, maklumat log masuk akaun, dan/atau maklumat berkaitan pembelian anda (seperti produk yang dipesan). Ia juga boleh melibatkan penyimpanan berterusan maklumat pembayaran anda bagi memudahkan anda mendaftar keluar ke atas pembelian pada masa hadapan.

Menyenggara akaun

Kami mungkin menggunakan maklumat anda untuk menyenggara akaun yang anda miliki dengan pihak kami (termasuk memberikan sebarang manfaat berkaitan akaun sedemikian). Ini lazimnya melibatkan penggunaan mana-mana maklumat yang pada asalnya dikumpulkan bagi membuka akaun anda (cth. maklumat hubungan peribadi, maklumat pembayaran, maklumat daftar masuk akaun, maklumat demografi, dsb.).

Menyediakan perkhidmatan untuk Ahli dan Pengedar

Kami mungkin mengumpulkan dan menggunakan maklumat anda untuk menyediakan perkhidmatan Ahli dan Pengedar kepada anda, termasuk memberikan respons kepada sebarang pertanyaan anda. Ini lazimnya memerlukan pengumpulan dan penggunaan maklumat hubungan peribadi yang tertentu (seperti nama anda dan alamat e-mel) dan maklumat berkenaan pertanyaan anda (cth. status pesanan, isu teknikal, soalan mengenai produk, soalan umum, dsb.). Ia juga mungkin termasuk:

• Membuka dan menguruskan akaun anda
• Memproses Permohonan Shaklee
• Menjana laporan genealogi downline.

Mencadangkan produk mengikut keperluan peribadi

Kami mungkin menggunakan maklumat anda untuk memberikan syor dan tawaran produk Shaklee yang memenuhi keperluan anda. Ini lazimnya melibatkan penggunaan sejarah pesanan anda yang terdahulu (cth. daripada pembelian dalam talian dan/atau luar talian) dan maklumat demografi tertentu.

Memperibadikan dan memudahkan penggunaan laman web

Kami mungkin mengumpulkan dan menggunakan maklumat anda untuk memperibadikan pengalaman anda dan menjimatkan masa semasa anda melawat laman web kami. Ini lazimnya dilakukan melalui penggunaan teknologi automatik (seperti kuki) yang mengumpulkan dan mengingat beberapa maklumat tertentu seperti log masuk akaun, maklumat teknikal dan/atau maklumat penggunaan laman web sebelum ini. Sebagai contoh, kami mungkin mengingati ID log masuk atau nama pengguna agar anda boleh log masuk dengan cepat setiap kali anda mengunjungi laman kami atau memudahkan anda melihat barangan dalam troli beli-belah anda. Berdasarkan jenis maklumat ini, kami juga mungkin akan memaparkan anda kandungan atau tawaran tertentu daripada Shaklee yang lebih sesuai untuk keperluan anda.

Peraduan dan Promosi

Kami mungkin mengumpulkan dan menggunakan maklumat anda untuk menjalankan peraduan, cabutan bertuah, hadiah percuma, pertandingan, kempen atau promosi pemasaran yang seumpamanya. Aktiviti ini lazimnya memerlukan pengumpulan dan penggunaan maklumat hubungan peribadi (untuk pemberian hadiah), maklumat demografi terhad (untuk kelayakan), dan dalam sesetengah kes, kandungan yang dijanakan oleh pelanggan. Disebabkan wujudnya komponen yang dijanakan oleh pelanggan, sesetengah promosi akan dijalankan dalam rangkaian sosial pihak ketiga seperti Facebook (cth. dalam halaman peminat atau aplikasi Facebook kami). Untuk mematuhi undang-undang cabutan bertuah, kami mungkin perlu menerbitkan atau berkongsi maklumat terhad mengenai pemenang sesuatu promosi tertentu.

Komunikasi Pemasaran

Kami mungkin mengumpulkan dan menggunakan maklumat anda untuk menghantar komunikasi pemasaran seperti katalog, e-mel dan pesanan SMS kepada anda. Komunikasi ini mungkin memaklumkan anda mengenai produk baharu, aktiviti, diskaun istimewa, berita dan tawaran khas. Penghantaran komunikasi sebegini kepada anda lazimnya memerlukan pengumpulan dan penggunaan maklumat hubungan peribadi tertentu dan maklumat demografi terhad (seperti poskod). Dalam sesetengah kes (seperti program pesanan ringkas), ia mungkin melibatkan penggunaan lokasi geografi anda yang tepat (yang diperoleh daripada peranti mudah alih anda) untuk membolehkan kami menghantar tawaran berdasarkan lokasi anda. Anda sentiasa boleh memilih untuk tidak lagi menerima e-mel pemasaran atau pesanan ringkas dengan mematuhi arahan penamatan langganan yang disertakan dalam setiap komunikasi. Jika anda mempunyai akaun atas talian dengan kami, anda mungkin diberi peluang untuk menukar keutamaan komunikasi anda dalam bahagian tertentu laman kami atau dengan menghubungi bahagian Khidmat Pelanggan. Sila maklum bahawa walaupun anda memilih untuk menamatkan penerimaan komunikasi pemasaran, anda mungkin akan terus menerima komunikasi lain daripada kami seperti pengesahan pesanan, notis mengenai aktiviti akaun (cth. pengesahan akaun, penukaran kata laluan, laman web, dsb.), dan pengumuman penting yang lain (cth. penarikan balik produk, perubahan polisi kerahsiaan, dsb.).

Rangkaian Sosial Pihak Ketiga

Kami mungkin mengumpulkan dan menggunakan maklumat anda agar anda boleh berinteraksi dengan ciri-ciri rangkaian sosial dalam talian yang disediakan oleh syarikat pihak ketiga seperti Facebook. Alatan ini, yang sesetengahnya mungkin diterapkan secara langsung dalam laman kami, merangkumi ciri-ciri seperti “Facebook Connect,” “Facebook Share,” dan “Facebook Like.” Dengan menawarkan ciri-ciri ini, kami mungkin boleh (i) memperoleh maklumat tertentu mengenai anda daripada profil anda dalam rangkaian sosial pihak ketiga (lihat perenggan berasingan mengenai “Maklumat rangkaian sosial” dan, (ii) memuat naik kandungan atau aktiviti tertentu ke dalam profil anda dalam rangkaian sosial tersebut yang anda lihat atau berinteraksi dalam laman kami (seperti artikel, pautan Sains Kesihatan, cerita, dsb.). Pertukaran maklumat ini hanya berlaku apabila anda mengambil langkah yang jelas membenarkan perkongsian tersebut (seperti mengklik ciri Facebook yang berkenaan dan mencipta atau melog masuk ke dalam akaun Facebook anda). Anda boleh tahu lebih lanjut mengenai ciri-ciri ini dengan mengunjungi laman web rangkaian sosial pihak ketiga yang berkenaan.

Cara lain kami boleh menggunakan maklumat anda

• Mematuhi undang-undang dan syarat kawal selia yang perlu diguna pakai
• Menguatkuasakan Terma dan Syarat kami dan menguruskan perniagaan kami

Close -

Kami mungkin berkongsi maklumat anda dengan individu tertentu, pengedar Shaklee, syarikat (atau dalam situasi) yang dihuraikan di bawah. Kami tidak menyewa atau menjual maklumat anda kepada syarikat pihak ketiga.

Penyedia Perkhidmatan Pihak Ketiga

Kami menggunakan penyedia perkhidmatan pihak ketiga bagi membantu kami melaksanakan perniagaan kami atau menjalankan aktiviti bagi pihak kami, seperti menghantar e-mel, memproses permintaan produk dan perkhidmatan anda, mengepos produk atau mengendalikan pembayaran. Kami mungkin berkongsi maklumat anda dengan pihak ketiga ini bagi tujuan yang terhad. Pihak ketiga hanya dibenarkan untuk menggunakan maklumat anda bagi tujuan khusus yang mereka telah diupah untuk lakukan, dan bukan bagi sebarang tujuan lain. Mereka juga dikehendaki menyimpan maklumat anda secara sulit dan selamat.

Pengedar Bebas Shaklee

Pembelian produk Shaklee melalui laman web kami adalah hasil usaha Pengedar Bebas Shaklee, yang sentiasa bersedia untuk memberikan perkhidmatan, maklumat dan/atau panduan mengenai manfaat keahlian Shaklee. Maklumat yang anda berikan kepada kami juga akan diberikan kepada Pengedar Bebas Shaklee yang telah ditugaskan untuk mengendalikan pesanan anda bagi melancarkan proses tersebut.

Jika anda merupakan Pengedar Bebas Shaklee, kami mungkin mendedahkan maklumat peribadi tertentu seperti maklumat hubungan anda kepada pelanggan-pelanggan yang mencari Pengedar Bebas Shaklee atau kepada Pengedar-pengedar Bebas Shaklee yang lain seperti Business Leader (Ketua Perniagaan) upline anda.

Ahli Shaklee

Jika anda adalah ahli Shaklee, kami mungkin mendedahkan maklumat peribadi tertentu seperti maklumat hubungan anda kepada penaja anda atau Business Leader (Ketua Perniagaan) untuk penyimpanan rekod.

Pemindahan Perniagaan

Pelanggan yang telah memberikan persetujuan di sini bagi penggunaan maklumat peribadi mereka oleh Shaklee Corporation atau afiliatnya, juga hendaklah membenarkan penggunaan ini kepada mana-mana individu atau syarikat yang telah menerima pemindahan perniagaan Shaklee Corporation, atau sekiranya berlaku penggabungan, penjualan atau penyerahan semua atau sebahagian daripada aset atau stok kami.

Pendedahan Lain

Kami mungkin mendedahkan maklumat peribadi anda sebagaimana dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang atau bagi melindungi dan mempertahankan hak Shaklee Corporation.

Close -

Keselamatan

Kami komited untuk mengekalkan aspek keselamatan maklumat peribadi anda. Laman web ini dilengkapi ciri-ciri keselamatan bagi mencegah masalah kehilangan, penyalahgunaan dan pindaan maklumat sensitif seperti nombor kad kredit dan nombor keselamatan sosial. Shaklee Corporation mengaplikasikan langkah-langkah keselamatan yang sejajar dengan amalan industri standard bagi melindungi maklumat tersebut.

Langkah-langkah yang anda boleh ambil

Anda juga perlu memainkan peranan untuk mengekalkan keselamatan maklumat anda. Apabila mendaftarkan diri untuk akaun atas talian, sila pastikan anda memilih kata laluan akaun yang sukar diteka oleh orang lain dan jangan sekali-kali mendedahkannya kepada orang lain. Jika anda menggunakan komputer awam atau komputer yang dikongsi, jangan sekali-kali membenarkan sistem mengingati ID log masuk atau kata laluan anda, dan pastikan anda log keluar dari akaun anda setiap kali anda meninggalkan komputer. Anda juga boleh memanfaatkan sebarang ciri atau kawalan kerahsiaan yang kami sediakan untuk anda di ruang komuniti laman web kami.

Close -

Bahagian ini menyediakan maklumat polisi tambahan yang penting untuk anda ketahui atau yang perlu kami maklumkan kepada anda mengikut keperluan undang-undang.

Kanak-Kanak

Shaklee Corporation tidak mengambil maklumat peribadi daripada atau memasarkan produknya kepada kanak-kanak di bawah usia 18 tahun.

Forum Awam

Shaklee Corporation memastikan forum awam seperti bilik sembang, papan pesanan, Twitter atau Facebook (“Forum Awam”), sentiasa tersedia untuk anda. Shaklee Corporation meminta agar anda sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya semasa mendedahkan maklumat peribadi di Forum Awam kerana maklumat yang didedahkan di sini akan menjadi maklumat untuk tatapan umum. Peruntukan kerahsiaan di sini tidak merangkumi apa-apa maklumat peribadi yang dihantar melalui mana-mana Forum Awam.

Pautan ke Laman Web Lain

Laman ini mungkin mengandungi pautan ke laman lain yang tidak dikendalikan oleh Shaklee Corporation. Shaklee Corporation tidak bertanggungjawab terhadap kandungan laman web lain. Secara khususnya, Shaklee Corporation tidak bertanggungjawab terhadap notis kerahsiaan atau amalan yang disediakan dalam laman web lain. Kami menyediakan pautan tersebut hanya sebagai satu kemudahan untuk anda dan pautan sedemikian tidak menandakan bahawa kandungan laman tersebut telah dipersetujui oleh Shaklee Corporation.

Menamatkan Langganan atau Mengubah Maklumat

Jika anda tidak mahu menerima pesanan e-mel, pesanan ringkas atau komunikasi lain mengenai produk baharu, promosi atau aktiviti daripada Shaklee Corporation, anda boleh menamatkan penerimaan pesanan sedemikian pada bila-bila masa dengan mengikuti arahan “ penamatan langganan” dalam e-mel atau pesanan ringkas yang anda terima.

Jika anda berdaftar dengan laman web kami, anda boleh menyemak semula, mengubah, mengemas kini atau mengeluarkan maklumat tertentu dalam halaman profil akaun anda. Perubahan ini mungkin tidak berkuatkuasa dengan serta-merta. Kami akan berusaha untuk memenuhi permintaan anda secepat yang boleh. Walau bagaimanapun, kami mungkin perlu mengekalkan maklumat tertentu bagi tujuan penyimpanan rekod. Kami tidak bertanggungjawab terhadap pengeluaran maklumat anda yang terdapat dalam pangkalan data atau rekod pihak ketiga (termasuk Penyedia Perkhidmatan dan Pengedar Bebas Shaklee).

Anda juga boleh menamatkan atau mengubah maklumat akaun anda pada bila-bila masa dengan menghantar e-mel kepada fieldsupport@shaklee.com

Close -

Pengemaskinian Polisi Kerahsiaan Ini

Shaklee Corporation berhak membuat perubahan kepada Polisi ini. Sekiranya kami membuat sebarang perubahan penting kepada Polisi ini, ia akan dimuat naik di sini. Kami menggalakkan anda untuk menyemak halaman ini dengan kerap kerana jika anda terus menggunakan laman web Shaklee selepas sebarang perubahan dibuat, anda akan dianggap telah bersetuju dengan perubahan sedemikian.

Hubungi Kami

Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai polisi ini atau amalan laman web ini, anda boleh menghubungi:

Field Support
Shaklee Corporation
4747 Willow Road, P-201
Pleasanton, CA 94588

Soalan atau komen mengenai Shaklee Corporation boleh diajukan melalui e-mel kepada fieldsupport@shaklee.com